PJ City Lancar Jersi Unik Bersulamkan Sasaran ‘Top 5’ Liga Super
Dunia
MakanBola
Advertisements

Kelab PJ City hari ini mengumumkan pelancaran jersi terbaru pasukan untuk musim 2022. Pasukan yang terkenal dengan jolokan #YakiniLokal telah mengadakan satu sesi pelancaran jersi di Stadium MBPJ, Kelana Jaya hari ini.

Mengambil inspirasi daripada warna biru langit musim sebelumnya untuk ‘Home’ kit dan warna merah cerah untuk ‘Away’ kit, kedua-dua jersi ini terus kekal dengan identiti mereka sebagai pasukan tempatan yang meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok lima terbaik Liga Super 2022.

Pengarah Urusan Kumpulan QI, Kuna Senathirajah berkata jersi PJ City 2022 ini direka dengan menggunakan kualiti terbaik dan disaluti kemasan yang menaikkan seri jersi pasukan.

Advertisements

“Jersi tahun 2022 PJ City mewujudkan satu ekspresi tentang identiti kelab dengan menggambarkan semula jersi tradisonal kelab dengan identiti serba bahara. Baju ini direka dengan menggunakan fabrik yang ringan & rekaan jersi ini menggunakan kemasan yang sangat berkualiti.”

Dalam pada itu, Kuna Senathirrajah berpendapat PJ CIty bakal melahirkan lebih ramai produk tempatan yang berkualiti. Jersi kali ini pastinya akan memberi semangat dan inspirasi baharu buat para pemain dan peminat pasukan PJ City.

“Masa depan kelab kami penuh dengan bakat tempatan yang membawa semangat yang luar biasa. Jersi kali ini adalah ungkapan tentang pendirian kelab dan kami gembira bahawa jersi musim ini akan memberikan inspirasi tambahan sebagai pasukan yang meyakini tonggak-tonggak tempatan.”

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri Presiden Kelab Dato Sri Subahan Kamal, dan Pengerusi QNET Malaysia, Tan Sri Megat Najmuddin serta rakan-rakan media.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram