Dunia
Advertisements

Umum mengetahui bahawa Lukas Podolski adalah bintang Jerman yang tidak asing lagi. Podolski juga merupakan antara pemain yang turut serta dalam kejayaan Jerman menjulang Piala Dunia pada tahun 2014.

Terbaharu di dalam instagram Officialjohor, dia telah memberi komen “See you soon” sebagai tanda dia tidak sabar untuk bertemu JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2020. Komennya turut dibalas oleh Tunku Mahkota Johor yang menggunakan tanda ‘Good’.

IG Jiwa Podolski Membuak-buak Tak Sabar Jumpa JDT
Komen instagram oleh Podolski

Untuk rekod, Podolski yang bermain dengan kelab Vissel Kobe pada 2017, telah menjaringkan sebanyak 23 gol untuk kelab itu pada musim 2019 termasuklah berjaya membantu kelab itu menewaskan Kashima Antlers pada final Piala Maharaja Jepun dan sekaligus tiket automatik ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020.

Advertisements

JDT dan Vissel Kobe diletakkan dalam kumpulan G bersama-sama dengan dua lagi pasukan iaitu kelab Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings dan juga kelab China, Guangzhou Evergrande. JDT akan menentang Vissel Kobe di gelanggang lawan pada 12 Februari 2020 dan akan bermain pula di Larkin pada 21 April 2020.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram