Polking Sudah Jumpa Permata Baru Thailand
Dunia
Changsuek
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Mano Polking menemui ‘sesuatu’ selepas tewas kepada Malaysia sebentar tadi.

Beliau menjelaskan bahawa sungguhpun pasukannya tidak mampu menandingi kehebatan Harimau Malaya yang beraksi dengan cukup baik namun beliau kekal berpuas hati dengan usaha para pemainnya.

Katanya, perubahan taktikal yang berlaku pada babak kedua menyaksikan pasukan tuan rumah lebih banyak melakukan gerak untuk mengasak kubu kental Malaysia yang dikawal rapi oleh Syihan Hazmi.

Advertisements

Jurulatih kelahiran Brazil itu kagum dengan impak yang dibawa oleh pemain gantian, Suphanat Mueanta yang mengubah corak menyerang pasukan Gajah Perang.

“Walaupun pasukan kami kalah tetapi saya berpuas hati dengan persembahan pasukan (Thailand) terutamanya pada babak kedua.”

Advertisements

“Saya bangga kerana akhirnya kami menjumpai permata baharu bola sepak Thailand (Suphanat Mueanta),” jelasnya.

Suphanat masuk pada awal babak kedua bagi menggantikan Thitipan Puangchan berjaya mengatur beberapa gerakan menarik untuk menjaringkan gol namun ketangkasan Syihan menafikan setiap peluang yang terhidang.

Advertisements

Kekalahan ini menyaksikan Thailand bakal bertemu dengan Trinidad & Tobago bagi penentuan tempat ke-3 dan 4 sementara Malaysia akan melayan cabaran Tajikistan untuk menjulang King’s Cup edisi kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram