Pratama Arhan Bakal Sertai Gergasi Itali, Lazio?
Dunia
PSSI
Advertisements

Pemain pertahanan muda pasukan Indonesia, Pratama Arhan kini dilaporkan berada dalam radar salah sebuah pasukan gergasi di Itali iaitu Lazio yang dilihat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Pertahanan kiri pasukan PSIS Semarang ini menjadi salah satu bintang dalam pembikinan negara jiran itu apabila menjadi watak penting dalam kempen gemilang Indonesia dalam saingan Piala AFF Suzuki kali ini.

Menurut satu laporan oleh media Lazio Press, pasukan yang beraksi di Serie A itu sedang mempertimbangkan keputusan bagi mendapatkan bintang muda berusia 20 tahun itu bagi memperkuat barisan pertahanan pasukan.

Advertisements

Nama Pramata sememangnya menjadi bualan hangat para penyokong di rantau ini setelah aksi luar biasa di bahagian pertahanan kiri pasukan Indonesia menyaksikan pasukan kendalian Shi Tae Yong hampir menjadi juara sebelum ditundukkan oleh Thailand.

Bukan itu sahaja, menerusi satu ciapan oleh seorang jurnalis terkenal di Itali, Jerry Mancini kelihatan kagum dengan bakat dan kemampuan yang ditunjukkan oleh Pratama sekaligus mahu melihat kelibat pemain itu menyarung jersi kebanggan Lazio.

Advertisements

‘Pemain pertahanan Indonsia, Pratama Arhan menjaringkan satu gol luar biasa menerusi satu sepakan yang sangat baik.’

‘Lazio perlu menandatangani pemain ini,’-Jelasnya di laman Twitter rasmi beliau.

Advertisements

Hal ini juga membuatkan rata-rata peminat Indonesia berasa teruja dan bangga apabila berjaya melihat kelibat lebih para pemain mereka mewarnai pentas bola sepak tertinggi di dunia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram