PSSI Mahu Segera Naturalisasikan Shayne Pattynama
Dunia
MakanBola
SPattynama
Advertisements

Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) sedang berusaha untuk memburu calon naturalisasi baharu buat Timnas Indonesia sekaligus bakal menguatkan lagi jentera pasukan.

Menurut satu kenyataan oleh Exco PSSI, Hasan Abdulgani, PSSI kini sedang menyasarkan untuk menaturalisasikan seorang lagi pemain menjelang Kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Advertisements

Hasan menjelaskan bahawa pemain yang dimaksudkan itu ialah Shayne Pattynama yang sudah pun berada dalam senarai calon yang mahu dinaturalisasikan.

Pemian berusia 23 tahun itu juga dilaporkan sudah pun melengkapkan segala butiran dan juga dokumen selain sudah pun menyatakan kesediaan untuk membantu Timnas Indonesia.

Advertisements

‘InsyaAllah semua dokumen yang diperlukan telah pun lengkap.’

Pattynama yang merupakan pemain kelahiran Belanda ketika ini sedang menikmati musim yang baik bersama salah sebuah pasukan di Liga Norway iaitu Viking FK.

Advertisements

‘Shayne mempunyai keturunan Indonesia kerana ayahnya berasal dari Semarang, Jawa Tengah,’ – Jelas Hasani kepada CNN Indonesia.

Pemain yang boleh beraksi di pelbagai posisi ini termasuklah di bahagian pertahanan kiri dan juga pemain tengah ini sudah pastinya bakal menjadi aset berharga buat Indonesia.

Advertisements

Ketika ini, PSSI sedang menanti jawapan bagi proses naturalisasi, Jordi Amat dan juga Sandy Walsh dalam usaha untuk menyediakan skuad terbaik buat jurulatih, Shi Tae Yong.

News Comments Account