Dunia
Advertisements

Pasukan Pulau Pinang (FA Penang) telah menambah muka baharu bagi menghadapi saingan Liga Premier 2020. Terkini FA Penang telah berjaya mendapatkan bekas pemain import Felcra FC Endrick Dos Santos dan juga bekas pemain Melaka United, Syamil Abdul Ghani.

Skuad Harimau Kumbang juga kini giat membuat latihan dan turut mengadakan perlawanan persahabatan termasuklah bermain dalam satu kejohanan di Sumatera Utara sebagai Pra-musim sebelum sepak mula Liga Premier 2020.

Skuad kendalian Manzoor Azwira Abdul Wahid ini juga mengintai peluang ke Liga Super 2021 serta optimis skuad kendaliannya mampu memperagakan prestasi cemerlang sebagaimana yang dilakukan mereka musim lalu seterusnya menyambar tiket automatik Liga Super 2021.

Advertisements
Bangkit Pulau Pinang Tambah Muka Baharu Hadapi Liga Premier 2020
Pulau Pinang mahu bangkit semula dan layak ke Liga Super 2021

Menurutnya, gabungan antara pemain senior dan muda menjadi taruhan skuad Harimau Kumbang sebaik tirai Liga Premier 2020 disingkap secara rasminya pada Februari depan.

“Sasaran kami adalah kembali semula ke Liga Super 2021. Kami akan cuba realisasikan harapan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) serta para penyokong seterusnya layak beraksi pada kempen Piala Malaysia musim depan,” katanya.

Pada awalnya Pulau Pinang berjaya menyambar slot Liga Super 2020 selepas menduduki tangga ketiga Liga Premier 2019, namun terpaksa akur jatuh ke tangga ketujuh selepas dikenakan pemotongan enam mata pada penghujung musim.

Advertisements

Ianya gara-gara FAP gagal mengikut tempoh masa ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi menjelaskan tuntutan bekas pemain import dari Brazil, Reinaldo Lobo.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram