Piala Malaysia: Punca Ketiadaan Ramadhan Saifullah Terjawab
MakanBola
Kuching City FC

Sebab ketiadaan pemain sayap kebangsaan, Ramadhan Saifullah Usman dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia akhirnya terjawab.

Aksi separuh akhir pertama antara Selangor FC dan Kuching City FC menyaksikan Ramadhan tiada dalam kesebelasan utama pelawat.

Sebaliknya, jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak memilih Gabriel Nistelrooy, Danial Asri dan Ronald Ngah Wanja sebagai gandingan peledak menghadapi Selangor.

Apabila ditanya tentang ketiadaan Ramadhan, jurulatih Singapura itu memaklumkan beliau tiada kerana perlu menjalani penggantungan satu perlawanan.

“Malangnya, beliau menjalani penggantungan (satu perlawanan). Ini disebabkan oleh dua kad kuning. Perlawanan seterusnya, beliau akan kembali,” kata Aidil dalam sidang media pascaperlawanan.

Aksi tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium MBPJ. Kuching City mendahului pada separuh masa pertama menerusi penalti Ngah.

Penjaring terbanyak Selangor, Chrigor Moraes memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 menerusi gol pada lewat permainan.

Selepas ini, kedua-dua pasukan akan berentap di Kuching pada 18 April ini bagi merebut tiket ke final Piala Malaysia.