Punca Pergaduhan Pengadil & Pemain Di A-Ligue Victory
Dunia
Sinija/A-Ligue
Advertisements

Dalam satu perlawanan liga sosial yang diadakan di Kuala Lumpur, pasukan KLCE telah dijadualkan menentang pasukan Data Sukan bagi aksi penentu kejuaraan saingan liga A-Ligue Victory.

Perlawanan yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Bharu itu menyaksikan terdapat insiden pergaduhan antara pemain dan pengadil yang berlaku. Telah tular satu video yang menunjukkan insiden panas dalam perlawanan tersebut.

Pada minit ke-35 permainan, seorang pemain telah bertindak dan mencuba untuk mengasari pengadil perlawanan. Dipercayai pemain tersebut merupakan pemain daripada pasukan Data Sukan.

Advertisements

Setelah dilayangkan kad merah, pemain yang berjersi nombor 4 itu kemudiannya terus meluru untuk menumbuk pengadil. Mujur para pemain KLCE yang berada di dalam padang dan sempat menghalang tindakan tersebut.

Menurut satu sumber, perlawanan yang berlangsung pada petang semalam sememangnya amat tegang. Terdapat insiden lain yang mana gol pasukan Data Sukan telah dibatalkan. Hal ini juga berkemungkinan besar menjadi salah satu punca keberangan pemain Data Sukan terhadap pengadil.

Walaupun perlawanan semalam lebih didominasi oleh pemain Data Sukan, namun kejadian yang berlaku tersebut telah memaksa pengadil membatalkan perlawanan.

Advertisements

Menurut Semuanya Analisis, terdapat perbincangan antara penganjur dan pengurus kedua-dua pasukan untuk meneruskan perlawanan, bagaimanapun ia telah menemui jalan buntu. Pihak penganjur iaitu A-Ligue dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan hal ini dalam masa terdekat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram