Qaseh Rania Terlalu Hebat, Jaringkan Gol Dalam Perlawanan Lelaki
Dunia
Selangor TV
Advertisements

Perkara yang jarang berlaku dalam dunia bola sepak kini berlaku di Malaysia selepas pemain bola sepak wanita kelahiran Selangor, Qaseh Rania Khairul Najib yang kini berumur 13 tahun dirakam beraksi bersama skuad lelaki.

Menurut hantaran akaun Twitter @reformist101, Qaseh dirakam beraksi bersama pasukan lelaki dalam satu perlawanan bola sepak.

Qaseh malah menjaringkan gol menerusi satu sepakan percuma yang menerjah jaring menewaskan penjaga gol pihak lawan.

Advertisements

Beliau dilatih sendiri oleh ayahnya, Khairul Najib yang turut menggemari sukan No.1 Malaysia ini. Menurut ayahnya, Khairul Najib, Qaseh Rania dilihat berbakat dalam dunia sukan sejak kecil lagi.

Pemain yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong ini turut menerima tawaran untuk berlatih bersama kelab Crotia, ZNK Osijek selepas menerima tajaan MBI Selangor yang turut mengesan bakat Qaseh Rania.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram