Bintang Vietnam Nguyen Quang Hai akhirnya meledak gol pertamanya di Perancis dalam saingan Ligue 2 antara Pau FC bertemu Rodez pada pusingan 11 malam tadi.
Pemain berusia 25 tahun ini diturunkan sebagai pemain gantian menggantikan Pape Ibnou Ba pada minit ke-78 permainan dan menjadi wira apabila gol pertama tersebut membantu membawa keputusan seri untuk kelabnya.
Gol tersebut terhasil menerusi sepakan kemas selepas menggelecek pertahanan lawan sekali gus menewaskan penjaga gol Rodez AF Lionel Mpasi pada minit ke-86.
Dalam perlawanan itu, gol pertama Quang Hai dapat menyelamatkan Pau FC daripada kekalahan dengan keputusan seri Pau FC 2-2 Rodez AF.
Untuk rekod, sebelum menentang Rodez, Quang Hai tidak beraksi hanya duduk di bangku simpanan sebanyak 3 kali dalam 4 perlawanan. Ketika bertemu Valenciennes, beliau hanya beraksi selama 10 minit sahaja.