Quentin Cheng Idam Beraksi Di AFC
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Bintang muda Selangor FC, Quentin Cheng tekad untuk membantu pasukannya Selangor FC layak ke Piala AFC dan merebut kedudukan terbaik dalam liga untuk musim ini.

Ketika beliau ditanya mengenai persiapan pasukan, Quentin teruja dan sangat selesa bersama rakan sepasukan. Menurutnya, Selangor FC telah menjalani latihan selama seminggu di Pahang bagi persiapan kempen pra-musim.

“Sangat bagus, para pemain Selangor menerima kehadiran saya dengan sangat baik. Kami ada satu minggu latihan di Pahang dan ia merupakan waktu terbaik untuk kami luangkan masa bersama. Kami akan cuba terapkan semangat kerjasama itu dalam padang dan berharap agar kempen pra-musim berjalan dengan lancar.”

Advertisements

Pemain berusia 22 tahun itu optimis dan yakin Selangor mampu beraksi dengan cemerlang untuk musim ini. Tambah Quentin, beliau meletakkan sasaran untuk Selangor ke Piala AFC dan mampu bersaing dengan kelab-kelab lain untuk merebut kedudukan terbaik dalam Liga Super.

“Saya berharap agar kami dapat menempah slot ke AFC dan menduduki kedudukan tiga teratas dalam liga. Selangor selalunya akan berada di tangga teratas jadi satu harapan yang besar agar kami dapat bersaing dengan JDT dan kelab-kelab lain untuk musim ini.”

Pertahanan muda kacukan Malaysia/Australia ini mengakui gabungan pemain muda dan pemain berpengalaman merupakan nilai tambah buat pasukan. Quentin menganggap perebutan tempat untuk kesebelasan utama pasukan adalah saingan yang sangat sihat.

“Pemain muda sangat bagus kerana mereka mahu buktikan kepada jurulatih mereka berada pada tahap terbaik. Saya kira kami pemain-pemain muda akan bersaing bagi merebut tempat. Percampuran antara pemain berpengalaman seperti Brendan dan ramai pemain muda daripada pasukan Selangor 2 adalah satu gabungan yang baik,” ujar Quentin dalam satu temubual ekslusif bersama Harimau Malaya.

Advertisements

Selangor FC akan berdepan Perak FC pada 11 Februari kelak bagi melengkapkan kempen pra-musim 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram