Quentin Cheng Tak Main-Main, Tunjuk Segala ‘Senjata’ Depan Kim Pan-gon
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Pemain pertahanan pasukan Selangor FC, Quentin Cheng menampilkan satu persembahan yang sangat cemerlang ketika membantu pasukan mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Kedah Darul Aman FC.

Quentin yang dipinjamkan ke pasukan Penang FC musim lalu dilihat sudah mula menemui rentak sebenar apabila menunjukkan kualiti yang dimiliki olehnya.

Pemain yang berjaya mencipta 6 bantuan gol bersama pasukan pinjamannya musim lalu cemerlang untuk mengisi posisi pertahanan kanan The Red Giants.

Advertisements

Ketiadaan bekas pertahanan Selangor, Syahmi Safari yang membuat keputusan untuk berpindah ke pasukan Harimau Selatan tidak memberi kesan yang besar selepas pemain berusia 22 tahun ini memperagakan konsistensi setiap kali diberi peluang.

Bekas pemain Sutherland di Australia ini mempunyai teknik hantaran yang sangat berkualiti tinggi apabila hantaran-hantaran lintangnya seringkali memerangkap barisan pertahanan lawan.

Kehadiran jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon jelas menjadi pemangkin semangat buat para pemain untuk terus menampilkan aksi sebenar selepas beberapa pemain jelas berada pada tahap terbaik.

Advertisements

Sebelum ini, Quentin sudah pun berada dalam senarai 23 orang pemain yang dibawa bagi perlawanan persahabatan Tri Nations di Singapura namun aksinya tidak dapat dilihat.

Beliau sudah pasti mahu untuk terus mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan apabila perlawanan bagi kelayakan Piala Asia bakal berlangsung tidak lama lagi.

Pada musim ini, Quentin berjaya menambat hati ketua jurulatih, Michael Feichtenbeiner apabila beraksi dalam kesemua perlawanan sebagai pemain kesebelasan utama pasukan.

Advertisements

Perebutan posisi pertahanan kanan Harimau Malaya sudah pasti berlangsung sengit apabila kemampuan para pemain seperti Dion Cools, Matt Davies dan nama-nama lain seperti Rizal Ghazali dan juga Quentin Cheng mampu memainkan peranan dengan cukup baik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram