Raja Muda Johor Ledak Gol Cantik
MakanBola
DYAM Tunku Ismail

Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Raja Muda Johor, Tunku Iskandar ibni Tunku Ismail mula memperagakan kemahirannya sebagai pemain bola sepak.

Ini selepas baginda meledakkan satu gol cantik ketika beraksi bersama skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) Bawah 9 Tahun (B-9) baru-baru ini.

Video dan gambar aksi Tunku Iskandar turut dikongsikan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menerusi satu hantaran di media sosial.

“JDT B-9,” katanya di X. Baginda turut meletakkan simbol graf sebagai tanda bahawa pasukan muda JDT itu semakin menunjukkan peningkatan.

Tunku Iskandar sememangnya menunjukkan minat terhadap sukan bola sepak sejak sekian lama.

Malah, pada tahun 2024, baginda dan Tunku Ismail turut berkesempatan beraksi bersama barisan bintang JDT untuk Leo’s Champions League.

Kejohanan itu diadakan bagi meraikan hari keputeraan Tunku Iskandar yang ketujuh. Selain itu, ia juga dilihat peluang buat Tunku Ismail mengeratkan hubungan dengan barisan bintang Harimau Selatan.