Ramalan Sumareh Menjadi
Hiburan
Advertisements

Ramalan pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Muhamadou Sumareh yang menjangkakan JDT meraih kemenangan dalam aksi ke lima saingan Liga Super 2023 benar-benar menjadi kenyataan.

Dalam satu video yang dimuat naik Matt Davies di Tiktok, para pemain JDT dilihat sedang melakukan sesi regangan dan ketika itu Matt Davies, Forestieri dan Sumareh sempat berbual bersama.

@matttdavies2

never doubt the magic of @Muhamed Sumareh 🔮✨

♬ original sound – matt davies – matt davies

“Hari ini berapa haribulan Matt, soal Sumareh. Hari ini berapa haribulan, soal Matt kepada Forestieri. Hari ini rabu, 15 Mac, ujar Forestieri.”

Advertisements

“15 hari Rabu dan kita akan berentap pada Jumaat. Lihat video ini sebelum perlawanan,” kata Sumareh sambil menggayakan aksi seperti seorang pawang.

“Kita akan menang paling kurang 4-0. Saya punya ramalan, JDT menang 4-0,” tegas Sumareh.

Video yang dirakam pada tarikh 15 Mac itu dikongsikan Matt selepas kejayaan JDT membenam Selangor malam semalam. Ternyata jangkaan Sumareh benar-benar menjadi selepas dua jaringan Fernando Forestieri melengkapkan malam gemilang JDT di Kelana Jaya semalam.

Advertisements

JDT tampil garang dalam babak kedua permainan apabila berjaya meledak empat gol menerusi Juan Muniz, Diogo Luis Santo dan Fernando Forestieri. Kemenangan kelima tersebut menjadikan JDT terus gah menghuni carta Liga Super 2023.

Aksi seterusnya menyaksikan skuad kendalian Esteban Solari bakal berdepan cabaran pasukan Sabah pada 31 Mac kelak di Stadium Sultan Ibrahim. Perlawanan tumpuan tersebut akan berlangsung pada jam 10 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram