Rames Lai Cipta Rekod Baharu Piala Malaysia
Piala Malaysia
MFL
Advertisements

Pemain veteran Kuching City, Rames Lai Ban Huat kini mencipta rekod baharu dalam kejohanan Piala Malaysia apabila muncul selaku penjaring tertua Piala Malaysia 2023.

Rames Lai yang kini berusia 43 tahun telah menjaringkan gol sewaktu bertemu Sabah dalam aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia.

Tandukan beliau berjaya menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-58 perlawanan.

Advertisements

Walaupun sudah berusia 43 tahun, Rames Lai masih menjadi pemain utama Kuching City apabila telah melakukan 18 penampilan dalam kesemua pertandingan buat Kuching City.

Rames Lai turut merupakan pemain paling tua dalam semua pertandingan pada tahun ini diikuti oleh Amri Yahyah yang berusia 42 tahun.

Advertisements

Jaringan Rames Lai berjaya menyekat kemenangan Sabah setelah kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 dalam perlawanan tersebut. Namun Kuching City tetap tersingkir menerusi agregat 4-1.

Beraksi diposisi pertahanan kiri, Rames Lai masih bertenaga dan mampu bermain selama 90 minit diusia 43 tahun.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram