Ranking BWF: Lee Zii Jia Kembali Ke Kelompok 10 Terbaik Dunia
UltraSukan
Badminton Asia/BWF
Advertisements

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kembali menghuni kelompok 10 pemain terbaik dunia dalam kedudukan ranking BWF pada Selasa.

Menerusi kemas kini ranking yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan kedudukan Lee Zii Jia melonjak satu anak tangga ke tangga kesepuluh.

Sebelum ini, ranking pemain berusia 26 tahun ini mencatatkan penurunan apabila jatuh ke tangga kesebelas apabila dipintas juara Madrid Masters dari Singapura, Loh Kean Yew.

Advertisements

Kini, dengan kemaraan Zii Jia sehingga peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Asia minggu lalu ditambah pula kekalahan awal Kean Yew, membantu wakil negara ini kembali ke kelompok 10 pemain terbaik dunia.

Dalam masa yang sama, kedudukan dua lagi wakil perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao mash tidak berubah dengan masing-masing berada di tangga ke-18 dan 37 dunia.

Jonatan Christie yang ditabalkan juara Asia minggu lalu apabila menewaskan Li Shi Feng di final melonjak tinggi dalam carta ranking terbaharu untuk berada di tangga ketiga di belakang Viktor Axelsen dan Shi Yuqi.

Advertisements

Perjuangan Lee Zii Jia dan rakan-rakan yang lain akan diteruskan dalam kempen Thomas Cup di Chengdu, China yang akan memulakan saingannya pada 28 April hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram