Advertisements
Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Menambah 6.16 Mata, Berpeluang Pintas Hong Kong
Dunia
MakanBola
Khairul / MakanBola

Malaysia yang sebelum ini memiliki jumlah keseluruhan Ranking FIFA 1057.59 mata berjaya memperoleh tambahan 3.57 mata selepas berjaya menewaskan Thailand menerusi sepakan penalti.

Kejayaan menewaskan Thailand tersebut membawa Malaysia ke perlawanan akhir King’s Cup 2022 sekaligus mengumpul 1061.16 mata dan berjaya mendaki 1 anak tangga ke kedudukan 147 dunia memintas Botswana.

Malaysia kini berpeluang mendaki 3 anak tangga dengan penambahan 6.16 mata jika berjaya menewaskan Tajiskistan tanpa mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Kemenangan ke atas Tajikistan kelak (jika berjaya) akan memberikan Malaysia keseluruhan mata sebanyak 1067.32 sekaligus berpeluang memintas Lesotho dan Hong Kong dan berada di kedudukan ke-146 dunia.

Berdasarkan peraturan baru kiraan mata FIFA yang diperkenalkan pada tahun 2019 menurut perkongsian Ketua Analisis Pasaran MakanBola, Ahmad Ridzuan;

“Jika Malaysia mampu untuk mencatatkan ‘absolute win’, kita akan dapat 6.16 mata FIFA Ranking. Jika seri & menang PSO, 3.66 mata. Jika seri & kalah PSO, 1.16 mata. Sekiranya kalah, -3.84 mata.”

Tajikistan kini berada di kedudukan 109 dunia dan kedua-dua pasukan dilihat seimbang dari segi kekuatan pasukan.

Malaysia bakal bertemu Tajikistan pada malam ini (25 September 2022) jam 9.30 malam waktu Malaysia.