Rasa Tertipu, Ketum PSSI Hantar Protes Rasmi Ke AFF
Dunia
PSSI
Advertisements

Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (Ketum PSSI), Mochamad Iriawan menyatakan bahawa PSSI akan menghantar surat bantahan rasmi ke Asean Football Federation (AFF).

Perkara ini membabitkan perlawanan diantara Thailand U-19 menentang Vietnam U-19 yang berkesudahan dengan keputusan seri (1-1), namun terdapat aksi tidak profesional serta tiada semangat kesukanan yang ditampilkan oleh kedua buah pasukan.

“Hasil perbincangan kami petang tadi, saya dan PSSI bersetuju untuk bertindak tegas dan menghantar surat bantahan kepada AFF berhubung keputusan perlawanan malam tadi.

Advertisements

“Harap AFF mengambil perhatian atas protes ini,” Jelas Ketum PSSI di laman sosial Instagram miliknya.

Menurut artikel MakanBola sebelum ini, Jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong kesal dengan apa yang berlaku dan merakamkan penghargaan yang tinggi kepada barisan pemain yang beraksi bermati-matian di atas padang.

Ketum PSSI turut berharap agar pihak AFF dapat meneliti dan mengkaji semula perlawanan tersebut oleh kerana terdapat unsur-unsur yang tidak sepatutnya berlaku dalam bola sepak.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram