Rasmi: Cristiano Ronaldo Sertai Al Nassr, Terima RM946 Juta Setahun
Transfer
Al nassr
Advertisements

Teka-teki mengenai kelab baharu bintang dunia, Cristiano Ronaldo akhirnya terjawab. Beliau sah sertai kelab yang berpangkalan di Arab Saudi, Al- Nassr.

Difahamkan, Cristiano Ronaldo menandatangani kontrak selama dua tahun setengah iaitu sehingga 2025.

Pemenang lima kali Ballon d’OR itu bakal menerima gaji hampir sebanyak RM946 Juta setahun setahun termasuk perjanjian komersial menurut wartawan terkenal Eropah, Fabrizio Romano.

Advertisements

Kelab Al Nassr FC merupakan kelab yang terkenal dan kuat di Liga Profesional Arab Saudi. Pasukan tersebut telah berjaya memenangi 9 kejuaraaan liga.

Al Nassr sebelum ini turut pernah merekrut bintang-bintang dunia antaranya Luis Gustavo (Brazil), David Ospina (Colombia), Gonzalo Martinez (Argentina) dan penyerang Cameroon, Vincent Aboubakar.

Bagi musim 2021-22, Al Nassr menduduki tangga ke-3 dalam liga dan terkandas di pusingan separuh akhir dalam saingan AFC Champions League ketika menentang Al-Hilal.

Advertisements

Dengan umurnya yang sudah meningkat tua, mungkin ini adalah destinasi terbaik buat dirinya untuk terus meraih kejuaraan dan menambah jaringan untuk rekod peribadinya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram