Rasmi: Liridon Krasniqi Perkuat Terengganu
Liga Super
Bola sepak terengganu
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan, Liridon Krasniqi sah memperkuat pasukan Terengganu bagi saingan Liga Super 2023 musim ini.

Perkara ini diumumkan oleh kelab Terengganu sebentar tadi. Liridon mengikat kontrak setahun bersama skuad Penyu dengan status pemain pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim.

Sebelum ini, beliau beraksi di Liga Thailand selama separuh musim bersama kelab Khon Kaen United dan hanya beraksi sebanyak 8 perlawanan dalam semua saingan.

Advertisements

Setelah hampir 2 tahun tidak beraksi di Malaysia, akhirnya beliau kembali ke semula dengan status pemain yang pernah beraksi di Liga Australia, India dan Thailand.

Pemain yang mempunyai pengalaman luas dalam saingan Liga Malaysia ini pasti menjadi taruhan penting buat skuad kendalian Tomislav Steinbruckner bagi musim pertamanya.

Liridon Kraniqi bakal membuat penampilan pertamanya dalam baki dua perlawanan yang akan dihadapi Terengganu iaitu bertemu Chonburi FC dan Odense Boldklub FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram