Rasmi: R. Kogileswaran Sertai Kelab Korea, Chungbuk Cheongju

Kogiraj21
Nik Faris
@nikfalovic
9:28pm 12/01/2023

Pemain kelahiran Malaysia, R. Kogileswaran secara rasmi mengumumkan penghijrahannya ke kelab divisyen 2 Korea, Chungbuk Cheongju FC.

Bintang berusia 24 tahun ini mula hangat diperkatakan selepas beliau memberi bayangan akan berhijrah ke luar negara bagi musim 2023.

Sungguhpun pada awalnya, bintang Harimau Malaya ini dikaitkan dengan penyertaan ke kelab Singapura dan juga Thailand, beliau akhirnya mengesahkan destinasinya iaitu Korea Selatan.

Menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, Kogi tidak sabar untuk mengharungi cabaran baharu dalam kariernya dan akan memberikan segalanya untuk membuatkan seluruh rakyat Malaysia bangga.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan kelab yang sudi memberikannya peluang untuk menonjolkan kemampuan sebenarnya.

Kogi difahamkan menandatangani kontrak selama setahun untuk beraksi di sana.