Reaksi Spontan Warga Qatar Hadapi Media Israel Terima Pujian
Dunia
irode0
Advertisements

Tular satu video yang menunjukkan reaksi spontan warga Qatar yang menolak untuk diwawancara daripada wartawan media Israel.

Perkara tersebut berlaku di perkarangan Stadium ketika berlangsungnya Piala Dunia 2022 di Qatar.

Wawancara pertama dimana seorang warga Qatar berjubah putih pada awalnya dilihat bersedia untuk diwawancara.

Advertisements

“Adakah kamu penyokong Qatar?,” tanya wartawan Israel itu.

“Ya, kamu daripada stesen tv mana?,” soal penyokong tersebut.

“Kami daripada Israel,” jawab wartawan tersebut.

Advertisements

Namun, ketika beliau tahu bahawa wartawan tersebut daripada Israel lalu beliau terus beredar.

Kemudiannya, wartawan daripada Israel itu cuba untuk mewawancara dua orang warga Qatar berjubah langsung tidak diendahkan.

Datang lagi tiga orang, pada mulanya, mereka sangat gembira apabila diwawancara akan tetapi selepas mereka ketahui media tersebut daripada Israel mereka terus tidak mahu meneruskan wawancara itu.

Advertisements

“Selamat Datang, nama awak apa?,” soal wartawan tersebut.

“Nama saya Hamdan,” jawab penyokong itu.

“Kamu daripada Lubnan? saya dari suraya (israel),” kata wartawan tersebut.

Advertisements

“Ya, kamu daripada Israel? Israel tidak wujud. Viva Palestin,” kata penyokong tersebut kemudiannya terus beredar.

Reaksi spontan daripada warga Qatar ini menerima pujian daripada ramai orang. Tindakan mereka untuk menolak wawancara bersama media Israel perlu diberi penghormatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram