Kejohanan Piala Super Sepanyol 2019/2020 baru-baru ini telah diadakan di Jeddah, Arab Saudi. Kejohanan kali ini adalah berbeza kerana format pasukan bertanding adalah 4 pasukan berbanding hanya 2 pasukan sebelum ini. Kejohanan ini adalah kali kedua diadakan di luar Sepanyol.
Real Madrid antara pasukan yang bertanding di kejohanan ini selain Athletico Madrid, Barcelona dan juga Valencia selaku juara Copa Del Rey. Tiada penentuan tempat ketiga bagi kejohanan ini.
Menariknya, sebelum final Piala Super Sepanyol berlangsung, Real Madrid telah memuat naik satu video mengenai pemain mereka yang diberi cabaran untuk meneka nama masing-masing serta nama kawan-kawan mereka dalam huruf jawi pada jersi Real Madrid ketika sesi latihan berlangsung. Antara pemain yang cuba meneka nama ialah Lucas Vasquez. Ternyata satu cabaran untuk mereka meneka nama-nama tersebut.
Real Madrid muncul juara Piala Super Sepanyol 2019/2020 pada awal pagi tadi selepas menewaskan Athletico Madrid hasil penentuan sepakan penalti 4-1 setelah tiada sebarang jaringan dihasilkan selama 120 minit. Pada perlawanan tersebut turut menyaksikan pemain Real Madrid Federico Valverde dibuang padang kerana mengasari Alvaro Morata pada minit ke 115. Ini adalah kejuaraan kali ke 11 buat Real Madrid dalam kejohanan ini.