Remaja 19 Tahun Dipenjara Kerana Hina Rashford
Asia
marcusrashford
Advertisements

Seorang remaja berusia 19 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 minggu kerana telah menghina penyerang Manchester United, Marcos Rashford.

Sebelum ini, Marcus Rashford antara punca utama kegagalan pasukan England menewaskan pasukan Itali dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir EURO 2020 musim lepas.

Justin Lee Price, menyerang Rashford di laman twitter dengan menghantar mesej yang berbentuk perkauman sejurus tamatnya perlawanan akhir tersebut.

Advertisements

Menurut AFP, pada awalnya remaja tersebut cuba untuk mengelakkan diri daripada ditahan dengan menukar nama akaun twitter selepas perkara ini telah dilaporkan ke pihak berkuasa.

Namun, akhirnya remaja tersebut mengaku bersalah kerana mengeluarkan kenyataan tersebut setelah disiasat oleh polis

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram