Renan Alves Gegarkan Indonesia, Jaring Gol Sepakan Percuma ‘Bak Torpedo’
Dunia
MakanBola
PS. BARITO PUTERA
Advertisements

Nama Renan Alves bukanlah nama yang asing dalam dunia bola sepak Malaysia kerana beliau pernah beraksi untuk pasukan Kedah FC dari tahun 2019 sehingga 2021.

Renan yang kini berusia 29 tahun meninggalkan Kedah FC pada musim ini untuk berhijrah ke Indonesia dengan menyertai kelab Barito Putera.

Advertisements

Pemain yang beraksi di posisi pertahanan tengah dari Brazil ini telah melalui 10 perlawanan musim ini di Indonesia dan berjaya mencetak 4 gol. Bukan mudah buat seorang pertahanan tengah untuk menjaringkan gol yang banyak seperti apa yang dilakukan Renan.

Renan telah beberapa kali mengejutkan dunia bola sepak Indonesia dengan gol-gol yang dihasilkan. Salah satunya ialah jaringan ketika pasukannya Barito Putera menentang pasukan Madura United.

Advertisements

Renan berjaya menjaringkan gol melalui sepakan percuma pada minit ke-78. Yang lebih mengejutkan, gol sepakan percuma itu adalah dari jarak yang sangat jauh dan rembatannya itu dilihat sangat deras bak torpedo.

Rembatan deras tersebut sekali gus menewaskan penjaga gol import Madura United dari Korea Selatan, Hong Jeong-nam. Namun gol tersebut tidak dapat membantu pasukan Barito Putera untuk mencapai kemenangan. Keputusan berakhir seri 3-3.

Advertisements

Ayuh kita lihat gol menarik dari sepakan percuma Renan Alves.

View this post on Instagram

A post shared by BRI Liga 1 (@liga1match)

Advertisements

News Comments Account