Advertising
Respon Ringkas Tunku Ismail Selepas JDT Muncul Juara Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor menzahirkan kesyukuran setelah pasukan milik Baginda menjuarai Liga Super 2024/2025.

JDT berjaya mengesahkan kejuaraan Liga Super bagi musim 2024/2025 apabila menumbangkan Perak dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin.

Dua jaringan menerusi Jese dan Jorge Obregon memastikan 3 mata menjadi milik JDT sekaligus dinobatkan sebagai juara Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut sejak 2014 lalu.

Ad

DYAM Tunku Ismail menerusi satu hantaran di akaun media sosial menzahirkan rasa syukur di atas kejayaan yang diraih oleh kelab milik Baginda setelah mengharungi 20 aksi musim ini.

Ad

”Alhamdulillah,” tulis Tunku Ismail di laman X beserta emoji hati berwarna merah dan biru simbolik kepada warna JDT.

Malah, ketika aksi tamat, lensa kamera sempat menayangkan keberadaan DYAM Tunku Ismail bersama isteri Baginda, Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan keluarga di stadium.

Ad
Ad

Malam penuh gemilang di hadapan 12,517 penonton ini akan menjadi penyuntik semangat buat JDT menjelang pertemuan berdepan Buriram United dalam aksi AFC Champions League Elite minggu hadapan.

Ketika ini, JDT mengumpul 58 mata, berkelebihan 16 mata di hadapan pencabar terdekat, Selangor di posisi kedua tatkala 4 lagi aksi berbaki sebelum Liga Super musim ini melabuhkan tirai.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments