Marco Reus, Mats Hummels & Emre Can Turut Serta Siri Jelajah Asia Di Johor

marco reus germany Marco Reus, Mats Hummels & Emre Can Turut Serta Siri Jelajah Asia Di Johor
Foto: BVB Buzz
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Borussia Dortmund mengesahkan beberapa pemain bintangnya akan turut serta dalam siri jelah Asia seperti Mats Hummels, Marco Reus dan Emre Can.

Nama tiga pemain bukan asing buat peminat bola sepak seluruh dunia. Emre Can pernah beraksi di Liverpool selama empat musim dari 2014 hingga 2018. Ini termasuk tampil sebagai pemain gantian pada final Liga Juara-Juara 2017/2018.

Mats Hummels pula merupakan bek tengah pasukan kebangsaan Jerman dan pernah menjulang Bundesliga bersama Bayern Munich dan Der BVB. Bagaimanapun, Hummels tidak dipilih sebagai sebahagian daripada skuad Piala Dunia 2022 Jerman.

Manakala Marco Reus pula merupakan pemain tengah menyerang dengan musim ini merupakan musim ke-10 beliau bersama Der BVB. Seperti Hummels, Reus juga tidak dipilih menyertai skuad Jerman bimbingan Hansi Flick akibat kecederaan buku lali.

Dengan kelibat tiga bintang utama Der BVB, ini bakal memeriahkan suasana perlawanan yang disertai mereka termasuk di Stadium Sultan Ibrahim, gelanggang keramat JDT.

JDT bakal melayani kunjungan Dortmund pada 28 November ini di Stadium Sultan Ibrahim.