Revolusi Selangor, Tiada isu pemain AMD Dipersiakan
Dunia
Advertisements

Pasukan Gergasi Merah Kuning, Selangor telah berjaya menawarkan kontrak kepada semua 28 pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pada Ogos lalu. Ini kerana Selangor sedang aktif merancang utk merevolusikan pasukannya dan membina generasi baharu Merah Kuning.

Namun begitu, terdapat dakwaan mengatakan para pemain AMD akan dipersia-siakan kerana kesemuanya akan bermain dengan mana-mana pasukan di bawah persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, 28 pemain AMD yang menyertai Selangor baru-baru ini turut diberi jaminan akan mendapat minit bermain secukupnya.

Advertisements

“Mereka akan bermain bersama-sama pemain-pemain muda Selangor dan PKNS. Pada saya tidak timbul isu pemain-pemain AMD hanya akan memanaskan bangku simpanan dan kurang minit bermain”.

Menurutnya, semua pemain AMD akan dinilai oleh pengarah teknikal, Michael Feichtenbeiner dan kemudian beliau akan menentukan kedudukan pemain ditempatkan.

“Cuma diingatkan bahawa Selangor II adalah pasukan baharu dengan semua pemain bawah umur 23 tahun, maka peluang untuk pemain-pemain AMD bermain bersama Selangor II adalah tinggi,” katanya.

Advertisements

Johan turut ditanya mengenai nasib barisan pemain muda skuad Piala Presiden dan Piala Belia Selangor serta PKNS selepas pengambilan 28 pemain AMD, beliau berkata perkara itu juga tidak menjadi isu kerana mereka yang terbaik akan dipilih menyertai mana-mana pasukan di bawah naungan FAS.

“Pemain-pemain muda Selangor dan PKNS ini juga mempunyai peluang untuk naik ke pasukan Selangor II. Ini persaingan yang sihat dalam bola sepak Selangor kerana kita mencari permain terbaik untuk mewakili pasukan utama.

“Selain itu, kalau kita lihat kepada kerancakan Liga FAS sekarang, bakat-bakat muda ini tidak akan dipersia-siakan kerana setiap pasukan perlu mendaftarkan pemain bawah umur 21 tahun,” katanya.

Advertisements

Katanya, situasi itu membolehkan pemain muda Selangor dan PKNS boleh menabur bakti kerana ada 100 pasukan dalam liga berkenaan.

“Liga-liga dalam Selangor ini penting untuk mencari bakat baharu dan bakat sedia ada teruskan karier mereka,” jelasnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram