Rezal Zambery Yahya Luah Pendapat Jujur Mengenai Harimau Malaya Dan Kim Pan-gon
Dunia
TRW Kelantan FC / FAM
Advertisements

Walaupun hanya sempat berlatih bersama untuk tempoh 10 hari sahaja, namun corak permainan Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon wajar diberikan pujian.

Ketua Jurulatih Kelantan FC Rezal Zambery Yahya berpendapat bahawa jika pemain-pemain ini diberikan tempoh yang lebih panjang untuk berlatih bersama, tidak mustahil kita akan melihat banyak keputusan positif bakal diraih pada masa akan datang.

“Saya percaya jika banyak diberikan masa, kita (pemerhati dan peminat) akan lihat potensi skuad kebangsaan akan lebih tinggi, dan menepati cita rasa kita selama ini,” jelas Rizal.

Advertisements

Untuk rekod, di bawah kendalian Pan-gon, Malaysia telah beraksi dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa. Skuad negara berjaya menang menentang Filipina dengan keputusan 2-0 namun tidak berjaya meneruskan momentum kemenangan selepas tewas 1-2 di tangan Singapura.

Rezal akui teruja dengan corak permainan yang ditampilkan skuad Harimau Malaya yang dilihat lebih agresif dan lebih positif di atas padang.

“Kita dapat lihat barisan pemain negara tampil dengan corak permainan yang baharu, lebih kepada ‘high pressing’, jadi itu menampakkan banyak elemen positif ditonjolkan pemain,” katanya.

Advertisements

Selain itu, pemain negara dilihat dapat menuruti kehendak dan disiplin yang ditetapkan Pan-gon. Perkara ini sekali gus bakal dapat membantu meningkatkan prestasi skuad negara.

“Saya rasa pendekatan ini perlu diteruskan. Kim Pan Gon tahu apa dia nak buat dan paling penting di penghujungnya keputusan positif untuk skuad kebangsaan,” kata Rezal kepada Sukan Sinar.




Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram