Ricky Kambuaya Bakal Sertai Terengganu?

Ricky Kambuaya Ricky Kambuaya Bakal Sertai Terengganu?
PSSI
Alif Syazani @SyazaniAlif
11:26am 26/10/2022

Bintang sensasi Indonesia, Ricky Kambuaya antara nama yang disebut akan menyertai pasukan Terengganu pada musim baharu nanti. 

Perkara ini telah dikongsikan oleh peminat dan pemerhati bola sepak tempatan, Piang Shankly yang menyatakan Terengganu mahu merisik pemain daripada Indonesia. 

Pada bulan January yang lalu, Ricky Kambuaya ada menyatakan keinginannya untuk beraksi di luar Indonesia. 

Pemain berusia 26 tahun itu kini beraksi di Liga Indonesia bersama pasukan Persib Bandung. 

Beliau dikenali sebagai pemain tengah yang mantap dari segi fizikal badan serta ketenangannya mengawal bola dengan baik.

Dalam saingan Piala AFF sebelum ini,  beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan meskipun pada ketika itu Indonesia tewas kepada Thailand.

Akan tetapi, ketika ini masih tiada lagi apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak berkaitan berkenaan perakara ini.

Menurut laman Transfmarkt, Ricky Kambuaya masih mempunyai kontrak bersama Persib Bandung sehingga bulan March 2024.