Rizal Ghazali Diberikan Amaran Keras Oleh FAM
Dunia
famalaysia
Advertisements

Pemain pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali telah diberikan amaran keras oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Rizal tidak melapor diri ke kem latihan pusat pasukan kebangsaan, Harimau Malaya pada 14 Mac 2022.

Pada mulanya, ama Rizal telah diletakkan dalam senarai bersedia. Jurulatih negara, Kim Pan-gon telah bertindak untuk memanggil beliau bagi menggantikan pemain Johor Darul Ta’zim, Mohd Syahmi Safari yang meminta pengecualian untuk tidak melapor diri ke kem latihan pusat kali ini kerana menyambut kelahiran anak kembar tiganya.

Oleh kerana keengganan Rizal melapor diri, Pan-gon telah telah memanggil seorang lagi pemain dari Senarai Bersedia iaitu Ahmad Khuzaimi Piee untuk menggantikan tempat Syahmi dan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC itu hadir melapor diri ke kem kebangsaan pada 14 Mac 2022.

Advertisements

Susulan daripada kejadian itu, surat amaran telah dikeluarkan oleh FAM kepada Rizal supaya menghormati panggilan skuad kebangsaan jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan. Rizal walaupubagaimanapun sudah pun menjawab surat tunjuk sebab kepada FAM.

Sebagai peringatan tambahan, Rizal diingatkan agar tampil melapor diri terlebih dahulu dan mengemukakan sebab kepada pengurusan pasukan kebangsaan seandainya ada alasan kukuh untuk menarik diri daripada menyahut panggilan kem latihan pada masa akan datang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram