Roberto Mancini Tonik Baharu Arab Saudi Ke Piala Asia
Asia
@carlogarganese
Advertisements

Selepas tercari-cari siapa pengendali baru Arab Saudi sejak akhir tahun lepas, Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) mengumumkan perlantikan bekas pengurus Manchester City, Roberto Mancini sebagai jurulatih baru mereka hari ini.

Pengumuman ini dibuat SAFF menerusi laman media sosial rasmi mereka beberapa jam yang lalu. Ia turut dikongsikan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano.

Dengan pengumuman ini, Saad Al-Shehri yang memainkan peranan sebagai jurulatih interim skuad senior sebelum ini akan kembali fokus kepada skuad B-23 The Green Falcons.

Advertisements

“Saya gembira untuk mengumumkan bahawa saya menyertai Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi sebagai jurulatih pasukan kebangsaan.

“Saya amat gembira dan melihat ini sebagai penghormatan terpilih untuk peranan berprestij berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada semua usaha yang dilakukan selama bertahun-tahun,” katanya di akaun X beliau.

Sebelum ini, media melaporkan Mancini telah meletak jawatan sebagai pengurus Itali beberapa minggu lepas. Ini susulan prestasi kurang baik pasukan itu semasa kempen kelayakan EURO 2024 termasuk kekalahan menentang England.

Advertisements

Mancini tiba di Riyadh dengan reputasi sebagai pemenang trofi baik di peringkat kelab mahupun bersama skuad kebangsaan Itali.

Di peringkat kelab, beliau pernah menjulang EPL bersama Manchester City, Turkish Cup (Galatasaray) dan gelaran Serie A (Inter Milan) sebanyak tiga kali.

Namun begitu, pencapaian paling hebat pernah dilakar Mancini ialah gelaran EURO 2020 bersama Azzurri bersama pembantu dan rakan karibnya, mendiang Gianluca Vialli.

Advertisements
https://twitter.com/SaudiNT_EN/status/1695872619537486095

Dua perlawanan awal beliau sebagai jurulatih Arab Saudi ialah perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Costa Rica dan Korea Selatan masing-masing pada 9 dan 13 September ini.

Harimau Malaya juga berpeluang menguji kemampuan taktikal Mancini menerusi aksi persahabatan menentang The Green Falcons pada Januari tahun depan sebagai persiapan mendepani Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram