Rodrigo Holgado & Jon Irazabal Menuju Ke Malaysia?
MakanBola
Malaysia NT/ Holgado

Dua pemain yang dicanang sebagai tonggak warisan terbaru Malaysia disebut-sebut bakal tiba tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Harimau Malaya mencatatkan aksi memberangsangkan selepas mengikat pasukan ke-72 dunia, Cape Verde dengan keputusan 1-1 pada akai persahabatan Tier 1 FIFA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Sebelum itu, pasukan negara merekodkan kemenangan 2-0 pada aksi pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal dengan kehadiran tonggak warisan baharu, Hector Hevel.

Panggilan ke kem latihan unik kali ini menyaksikan Hevel dan Gabriel Palmero telah menyertai pasukan sambil dua pemain lagi disebut-sebut bakal turut menyertai.

Berdasarkan perkongsian di laman sosial, penyerang CD America iaitu Holgado difahamkan sudah dalam perjalanan ke Malaysia.

Hal ini selepas beliau memuat naik satu perkongsian yang menunjukkannya sedang dalam perjalanan dengan destinasinya menjadi tanda tanya.

Seorang lagi pemain iaitu Jon Irazabal juga memuat naik hantaran ketika beliau sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, Qatar.

Kedua-dua pemain ini dikaitkan ke Malaysia sambil Cklamovski pernah memberi bayangan awal bahawa terdapat pemain warisan yang bakal menyertai pasukan kebangsaan.

Perkara ini disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam berhubung status seorang lagi tonggak warisan Harimau Malaya iaitu Jon Irazabal.

“Saya harap dia dapat menyertai kem skuad kebangsaan selepas ini”, ujar Cklamovski berkenaan Jon Irazabal.

Ujian sebenar Malaysia adalah aksi menentang pasukan ke-112 dunia, Vietnam pada 10 Jun di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 9.00 malam.