Ronaldinho Bakal Beraksi Bersama Kelab Indonesia, Rans Cilegon
Dunia
Ronaldinho
Advertisements

Legenda Bola Sepak Brazil, Ronaldinho dikhabarkan bakal beraksi di Liga Utama Indonesia bersama kelab Rans Cilegon.

Menurut pemilik Rans Cilegon, beliau kini dalam fasa rundingan untuk menandatangani bekas pemain Barcelona itu.

“Seorang telah disahkan dan akan menandatangani kontrak (Ronaldinho). Satu lagi masih dalam rundingan. Saya harap ia akan menjadi kenyataan.” kata Raffi Ahmad.

Advertisements

Pemain berusia 42 tahun itu kali terakhir beraksi sebagai pemain bola sepak professional adalah pada tahun 2015 bersama pasukan Fluminense sebelum dimasukkan ke dalam penjara.

Seperti yang dipetik melalui laman BOLA.COM, Ronaldinho ada menyatakan bahawa tidak lama lagi beliau bakal bergabung bersama pemilik kelab Rans Cilegon serta tidak sabar untuk berjumpa di Indonesia.

“Hello Indonesia, saya Ronaldinho akan menyertai kelab Rudi Salim dan Raffi tidak lama lagi. Jumpa anda di RANS FC,” kata Ronaldinho.

Advertisements

Rans Cilegon berjaya dinaikkan ‘pangkat’ ke Liga Utama Indonesia dimana sebelum ini pasukan tersebut beraksi di Liga Divisyen 2.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram