Ronaldo ‘Berpakat’ Perli Manchester United
Dunia
Jacob & Co.
Advertisements

Sejurus mencapai persetujuan untuk ditamatkan kontrak bersama Manchester United, Ronaldo dilihat memerli Manchester United secara halus di media sosial.

Beliau bekerjasama dengan jenama jam mewah terkenal dari Amerika Syarikat, Jacob & Co menghasilkan jam tangan khas terpapar satu gambar yang cukup ikonik.

“Saya teruja untuk mengumumkan kerjasama saya dengan Jacob & Co, salah satu jenama jam tangan terkemuka di dunia. Hari ini, kami mendedahkan koleksi jam tangan pertama kami yang saya reka bersama dengan rakan tersayang saya Jacob & Co.” – Dipetik dari mesej pemasaran Jacob & Co yang dikeluarkan di akaun Instagram Ronaldo.

Advertisements

Berdasarkan imej yang digunakan pada jam tangan tersebut, terpapar gambar Cristiano beraksi bersama Real Madrid terbang tinggi menjaringkan gol menentang Manchester United.

Sebahagian peminatnya di Instagram mengesan gambar tersebut dan mendapatinya ia adalah ketika Ronaldo menjaringkan gol menentang Manchester United di Santiago Bernabéu dalam saingan Liga Juara-juara UEFA 2012/13.

Awal pagi tadi, kedua-dua pihak, Manchester United dan Ronaldo mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram