Ronaldo Sertai Kelab Turki
Asia Tenggara
Beritabaru.co
Advertisements

Semakin ramai pemain Asia Tenggara diberi peluang beraksi di kelab-kelab Eropah. Terbaru, pemain muda berbakat Indonesia Ronaldo Kwateh menyertai kelab divisyen dua Turki, Bodrumspor dari kelab lamanya Madura United.

Perpindahan pemain yang mampu beraksi sebagai penyerang atau pemain sayap itu hangat diperkatakan di media sosial Indonesia.

Bakat besar Ronaldo hangat diperkatakan terutama selepas dia membuat kemunculan pertama bersama Sape Kerrab pada September 2021. Dalam perlawanan menentang Persikabo 1973 itu, Ronaldo muncul pemain termuda dalam sejarah Liga 1 Indonesia pada usia 16 tahun, 10 bulan dan 15 hari.

Advertisements

Pada Januari tahun lepas, dia turut mencipta rekod sebagai pemain termuda pernah mewakili skuad Indonesia. Sebaik tampil dalam perlawanan menentang Timor Leste pada 27 Januari 2022, dia mencipta rekod berkenaan pada usia 17 tahun 104 hari.

Melihat semua rekod yang diciptanya, tidak hairanlah mengapa kelab-kelab luar termasuk Bodrumspor berusaha mendapatkan khidmat Ronaldo.

Dengan Piala Dunia B-20 bakal berlangsung tidak lama lagi, jurulatih Indonesia B-20, Shin Tae-yong pastinya melihat dia sebagai tonggak utama pasukan dalam kejohanan itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram