RTM, Astro Arena Meriahkan Liga-M 2023?
Dunia
MFL
Advertisements

Selepas beberapa musim berjalan secara ‘solo’ di Youtube, difahamkan siaran langsung Liga-M 2023 bakal kembali menemui peminat di pelbagai stesen TV seperti RTM, Astro Arena dan lain-lain.

Walaupun belum ada pengesahan jelas berkaitan hal ini, difahamkan Astro telahpun mencapai persetujuan untuk menyerikan saingan Liga-M 2023 dengan pelbagai program menarik dan siaran langsung itu sendiri.

Walaubagaimanapun masih belum ada khabar angin berkaitan RTM untuk turut serta menyiarkan siaran langsung Liga-M 2023 dan ini sedikit membimbangkan kerana RTM merupakan siaran percuma yang digemari rakyat. Mudah diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat yang cintakan bola sepak.

Advertisements

Kegusaran penyokong Malaysia sekiranya mereka perlu membayar untuk menyaksikan perlawanan Liga-M turut wajar diambil kira oleh stesen TV percuma seperti RTM.

Walaupun siaran langsung di internet turut dipaparkan, paparan di kaca TV mempunyai pengikutnya tersendiri dan ia juga membantu mempertingkat jumlah tontonan terutamanya untuk kawasan luar bandar.

Sekiranya Astro dan RTM menyiarkan siaran langsung Liga-M, ia secara tak langsung akan membantu memeriahkan lagi liga kita dengan cara kita.

Advertisements

Sepertimana yang berlaku sebelum ini untuk Piala AFF, RTM mendengar keluh kesah rakyat yang mahu menyaksikan Malaysia beraksi, ia turut wajar diberikan perhatian stesen-stesen TV percuma seperti RTM untuk Liga-M.

Sementara itu, berdasarkan informasi yang kami terima, stesen TV rasmi Liga-M bakal diketahui dalam masa terdekat ini sebelum sepak mula Liga-M hujung Februari 2023 dan Astro Arena difahamkan hampir pasti mendapatkan hak siaran langsung Liga-M 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram