Bekas penyerang lagenda Selangor FC, Rudie Ramli yakin keputusan pasti berbeza sekiranya Pembantu Video Pengadil (VAR) digunakan dalam aksi Malaysia menentang China.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu itu menyaksikan Harimau Malaya berjaya mengikat pasukan ke-80 dunia, China dengan keputusan 1-1.
Gol tunggal Faisal Halim pada minit ke-11 menceriakan penyokong Malaysia sebwlum dipadamkan oleh jaringan kencang pemain lawan.
Mengulas lanjut, perkara ini meraih perhatian bekas penyerang berbisa Selangor FC, Rudie yang merasakan jaringan pembukaan oleh Darren Lok yang dibatalkan itu boleh dipertikai.
Hal ini susulan keputusan pengadil yang memberikan ofsaid kerana melihat kepada kedudukan Faisal Halim yang menghantar bola kepada Darren Lok.
“Gol pertama tu (Darren Lok) saya rasa kalau ada VAR, kedudukan Faisal Halim mungkin boleh dipertikai, jelas Rudie ketika menjadi pengulas siaran langsung di TV9.
Gol pada minit ke-2 permainan itu bagaimanapun dibatalkan kerana ofsaid sekaligua memastikan Malaysia akur dengan keputusan seri.
Berdasarkan kiraan mata FIFA, Malaysia memperoleh +1.93 mata tambahan selepas beraksi cukup baik menentang pasukan 80 dunia itu.
Kini, fokus terarah kepada cabaran berikutnha apabila anak didik Kim Pan-gon akan menghadapi kejohanan Pesta Bola Merdeka dan Kelayakan Piala Asia 2026/ Piala Dunia 2027 hujung tahun ini.
Video: Gol pertama yang dibatalkan