Ryan Bakery Selami Ragam Penyokong Bola Sepak Malaysia
Hiburan
Ryan Bakery
Advertisements

Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery baru-baru ini memuat naik satu video yang menyelami ragam penyokong bola sepak Malaysia.

Beliau yang terkenal dengan penghasilan video-video lucu sering mengimbau kenangan zaman dahulu dan menghasilkan video-video yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Pencipta kandungan kreatif itu memaparkan dua sisi berbeza penyokong bola sepak tempatan, satu ketika skuad negara meraih kemenangan dan satu lagi ketika tewas.

Advertisements

Video yang dimuat naik di laman Tiktok itu tular, mencatat sebanyak 4.1 juta tontonan. Menerusi tinjauan MakanBola diruangan komen, ramai yang bersetuju dan menganggap perkara tersebut sebagai salah satu elemen keindahan serta kemeriahan dalam arena bola sepak tempatan.

Harimau Malaya dibawah kendalian Kim Pan-gon bakal beraksi dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu menentang Solomon Islands pada 14 Jun 2023 dan Yemen pada 20 Jun 2023.

Perlawanan tersebut sebagai persiapan skuad kebangsaan sebelum menghadapi kejohanan Pesta Bola Merdeka pada Oktober seterusnya sebagai persediaan terbaik Malaysia melangkah ke pentas Piala Asia 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram