Sabah Atur Aksi Pra-Musim Berdepan Kelab Korea

Ong Kim Swee 7 Sabah Atur Aksi Pra-Musim Berdepan Kelab Korea
Foto: officialsabahfc
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee telah mengatur strategi dan membuat persiapan yang rapi untuk anak buahnya diuji dalam aksi pra-musim yang akan berlangsung di Thailand.

Tiga perlawanan persahabatan itu sangat penting untuk beliau mengetahui kemampuan pemain-pemain baharu sebelum beraksi di dalam perlawanan besar yang akan datang.

Beliau meletakkan harapan yang tinggi dalam aksi pra-musim ini supaya pemain dapat mencari rentak dan keserasian mereka ketika berada di atas padang.

“Tiga perlawanan ini cukup penting, untuk memastikan kita mendapat rentak terutamanya dengan kehadiran ramai pemain baharu bersama pasukan Sabah FC,” ujarnya.

“Jadi saya berharap dengan latihan yang diadakan di Thailand ini, akan mampu membentuk satu kombinasi yang baik sebelum berlangsung perlawanan lain,” katanya kepada Bernama.

Pasukan Sabah akan berangkat ke Bangkok pada 27 Januari ini, untuk bertemu kelab dari Korea, Thailand dan Denmark dalam aksi persahabatan yang akan berlangsung bermula 28 Januari.