Sabah Bakal Diperkuatkan Dengan Pemain Kacukan Thailand-Jerman

January 9, 2020

Pendatang baharu Liga Super musim 2020, pasukan Sabah dikhabarkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain kacukan Thailand-Jerman bagi mengisi kuota pemain import Asia Tenggara.

Pemain kacukan yang dimaksudkan ialah Dennis Buschening yang boleh beraksi di mana-mana posisi di bahagian serangan serta boleh beraksi di bahagian sayap. Pemain berusia 29 tahun itu pernah beraksi dalam saingan Liga Thailand serta beberapa pasukan dalam saingan Liga Jerman.

Dennis Buschening

Dennis memulakan karier profesional bersama Westfalia Rhynern pada 2010 dan kemudiannya menyertai SC Verl pada 2011 dan Hammer SpVg pada 2012. Setelah tiga musim beraksi di Jerman, Dennis berhijrah ke Thailand dengan menyertai Buriram United pada 2013.

Akan tetapi, pemain kelahiran Esslingen am Neckar ini kemudiannya dipinjamkan ke BEC Tero Sasana pada musim yang sama. Beliau kemudianya menyertai Army United pada 2014, Siam Navy pada 2016 dan kemudiannya beraksi bersama Ang Thong pada 2017. Musim 2019, Dennis beraksi bersama Chainat Hornbill dalam saingan Thai League 1.

Bagi saingan musim 2020, Sabah akan dibimbing oleh lagenda skuad kebangsaan Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto dan bakal dibantu oleh jurulatih yang membawa pasukan itu menjuarai Liga Perdana 2019, Jelius Ating.

Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
129 views

By Naim Rahim
@naimbola90

Terbaru