Sabah Hanya Akan Lepaskan Saddil Ramdani Untuk Perlawanan Dalam Kalendar FIFA
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Menurut kenyataan rasmi daripada media Sabah FC, Pengurus pasukan Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir menjawab dan menjelaskan tentang laporan yang mendakwa The Rhinos tidak bekerjasama dengan enggan melepaskan Saddil Ramdani untuk panggilan pasukan kebangsaan Indonesia.

Bagaimanapun, beliau dilihat agak kecewa dan menganggap kenyataan yang dikeluarkan itu tidak musabah baginya kerana untuk rekod, Sabah FC telah bersetuju untuk melepaskan Saddil bagi tugasan pasukan kebangsaan ketika perlawanan FIFA dari 30 Mei – 14 Jun 2022.

Dalam pada itu, Marzuki menjelaskan perkara itu telah dibincangkan antara kelab dan Saddil di mana pemain itu memahami keadaan yang berlaku di dalam kelab tersebut.

Advertisements

Sebagai rekod, Saddil Ramdani merupakan tonggak utama pasukan Sabah dan beliau turut menyatakan tiada pasukan di dunia bola sepak ini yang akan melepaskan pemain kualiti di luar kalendar FIFA.

Marzuki juga menegaskan keputusan yang dibuat oleh Sabah FC tetap kukuh kerana khidmat Saddil diperlukan pada perlawanan pusingan 16 Liga Super dan Piala FA 2022 yang bertepatan dengan Sukan Sea.

Berdasarkan laporan semasa, difahamkan bukan Saddil sahaja pemain pasukan kebangsaan Indonesia yang berpangkalan di luar negara yang tidak akan dikeluarkan untuk Sukan Sea 2021.

Advertisements

Sementara itu, menurut Marzuki, Saddil juga ada meluahkan sentimen Sabah FC dan menyatakan beliau sedar, hormat dan memahami situasi yang telah berlaku kepada kelab. Beliau akan terus memberikan yang terbaik untuk The Rhinos.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram