Sabah Mendonia Tewaskan Persija Jakarta
Dunia
Persija Jakarta
Advertisements

Sabah FC menampilkan aksi yang cukup bertenaga dan memberangsangkan untuk menewaskan Persija Jakarta dengan keputusan 2-1.

Perlawanan persahabatan antarabangsa pasukan kendalian Dato’ Ong Kim Swee ini menyaksikan beliau telah pun hampir kesemua pemain kesebelasan terbaiknya untuk memberi cabaran yang sewajarnya.

Hal ini terbukti apabila Sabah FC bermula dengan cukup garang untuk mengatur gerak melancarkan serangan ke arah gawang gol Persija Jakarta yang dikawal rapi oleh Riski Muhammad.

Advertisements

Namun begitu, pasukan di bawah bayu ini bermula dengan cukup baik apabila pemain import, Neto Pessoa mengejutkan pasukan tuan rumah apabila meledak seawal minit ketiga permainan.

Sungguhpun terdapat usaha untuk menyamakan kedudukan, hal ini tidak berhasil dilakukan oleh barisan serangan yang dikemudi oleh belas perancang Terengganu FC, Makan Konate.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Persija berjaya merapatkan jurang apabila kemasukan pemain gantian, Taufik Hidayat membantu pasukan untuk menjaringkan gol pada minit ke-58.

Kedudukan ini tidak bertahan lama apabila Sabah kembali bangkit dan hasilnya, pemain import pasukan, Park Tae Su meledak pada minit ke-62.

Advertisements

Keputusan ini kekal sehingga ke wisel penamat yang menyaksikan Sabah unggul untuk membenam barisan pemain berkualiti Persija Jakarta terutamanya barisan pertahanan yang dikemudi oleh bekas pertahanan Penang FC, Ryuji Utomo.

Ini sudah pasti memberi motivasi terbaik buat para pemain Sabah dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan menjelang saingan liga bersambung semula kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram