Sabah Papar Watak Sebenar Amri Yahyah
Hiburan
Sabah FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Sabah FC telah pun membuat satu pendedahan terhadap perwatakan sebenar pemain berpengalaman pasukan, Amri Yahyah.

Pemain berusia 42 tahun itu kekal bersama pasukan di bawah bayu itu untuk terus memacu cabaran pasukan pada musim 2023.

Pengalaman dan juga kudratnya jelas memberi sumbangan yang amat besar untuk membantu The Rhinos memperbaiki kedudukan dalam liga pada musim ini.

Advertisements

Baru-baru ini, bekas pemain Selangor ini kembali mencuri tumpuan apabila tindakan beliau untuk meraikan kemenangan Sabah ke atas bekas pasukannya itu tular di media sosial.

Beliau dikesan sempat melakukan gaya ‘siuu’ di tepi padang yang mengundang pelbagai respon daripada penyokong bola sepak tempatan.

Namun begitu, perwatakan anak jati Tanjung Karang ini sememangnya diketahui umum sebagai individu yang suka menghiburkan orang sekelilingnya.

Advertisements

Menerusi satu perkongsian oleh Sabah FC, gelagat Amri dilihat sentiasa ceria dan menghiburkan rakan sepasukan di sekelilingnya.

Malah, beliau juga menjadi antara pemain yang senang didekati oleh pemain yang lebih muda daripadanya.

Sungguhpun lebih banyak diturunkan sebagai pemain gantian, Amri jelas memberi kesan yang amat besar untuk terus menggunakan pengalamannya bagi mengharungi musim yang panjang bersama Sabah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram