Sabah Sambar Daniel Ting Dari JDT
Dunia
JST / Sabah FC
Advertisements

Pemain pertahanan kiri kacukan Malaysia-England, Daniel Ting telah pun disahkan menyertai pasukan Sabah FC dalam mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.

Daniel Ting hadir ke Sabah dari kelab gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Namun begitu, status perpindahan sama ada perpindahan tetap atau pinjaman masih belum diumumkan oleh pihak pengurusan Sabah.

Hadir ke JDT pada Jun tahun lalu, khidmat Daniel Ting banyak digunakan untuk pasukan JDT II yang beraksi di Liga Premier dan tiada penampilan direkodkan Daniel Ting bersama pasukan utama JDT musim lalu.

Advertisements

Untuk rekod, Daniel merupakan antara tonggak utama skuad Kuala Lumpur City FC (KL City FC) yang muncul juara Piala Malaysia pada musim 2021 namun disebabkan faktor peribadi, pemain itu memutuskan untuk tidak lagi beraksi buat KL City.

Daniel juga pernah beraksi untuk JDT II selama dua musim iaitu dari tahun 2016 sehingga 2017. Kehadiran Daniel ke Sabah kali ini dijangka akan menambah keampuhan pertahanan Sabah yang kehilangan Nazirul Naim yang dikatakan akan berhijrah ke pasukan lain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram