Saddil Ramdani Mahu Rakan Sepasukan Buang Jauh Tanggapan JDT Tak Boleh Ditewaskan
Dunia
saddilramdanii
Advertisements

Defisit satu gol tidak mustahil dapat dipadamkan jika dapat mengulangi permainan bertenaga sepertimana di Likas.

Demikian keyakinan dibawa Sabah ke Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi timbal balik separuh akhir Piala Malaysia menentang JDT pada Ahad ini.

Pemain sayap lincah sang badak, Saddil Ramdani berkata perkara paling penting adalah dia dan rakan sepasukan perlu membuang jauh tanggapan JDT tidak boleh ditewaskan sebaliknya meletakkan kepercayaan tinggi kepada diri sendiri.

Advertisements

Tegas pemain dari Indonesia itu lagi, mereka juga perlu menutup segala ruang kesilapan dalam masa sama memanfaatkan setiap peluang jika tidak mahu berputih mata.

“Memang kami agak sedikit kecewa dengan kedudukan jaringan 1-0 ini tetapi perlawanan pertama ini sememangnya agak tegang dan sengit.

“Namun seluruh pemain telah berikan apa yang diminta ketua jurulatih untuk bekerja keras di atas padang dan motivasi yang diberikannya sentiasa menjadi pembakar semangat kepada kami.

Advertisements

“Harapan saya agar Sabah mampu beraksi lebih baik pada perlawanan akan datang serta mengambil sesuatu daripada perlawanan ini.

“Saya masih percaya dengan diri sendiri dan rakan-rakan di perlawanan kedua jika kami boleh meneruskan rentak yang sama nanti di Johor,” kata Saddil Ramdani.

Sebagai rekod, Sabah tidak pernah menjejak kaki ke final Piala Malaysia sejak kali terakhir melakukannya pada tahun 2003 manakala JDT pula mengintai aksi final kedua berturut-turut.

Advertisements

JDT juga belum tewas dalam sebarang perlawanan domestik tahun ini, rekod yang kini melebar kepada 32 perlawanan dan skuad Hector Bidoglio itu mengintai kejuaraan ketiga selepas terdahulu memenangi Liga Super dan Piala FA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram