Saddil Ramdani: Saya Mencari Rezeki Di Malaysia Dan Saya Hormati Negara Ini
Dunia
Instagram: @officialsabahfc
Advertisements

Pemain sayap lincah dari Indonesia, Saddil Ramdani menjelaskan sebab beliau turut menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia dalam aksinya ketika menyarung jersi Sabah FC musim ini.

Sebuah rakaman tular yang menunjukkan Saddil turut serta menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama pemain Malaysia yang lain ketika pasukannya menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 8 Ogos lalu.

Kata Saddil kepada CNN Indonesia, tindakan beliau untuk menyanyikan lagu Negaraku hanya sebagai satu bentuk penghormatan kepada negeri tempat beliau mencari sumber rezeki.

Advertisements

Tambah pemain berusia 22 tahun itu. Indonesia sentiasa berada di hatinya Beliau juga turut mengakui bahawa itu bukanlah kali pertama beliau menyanyikan lagu Negaraku.

“Setiap perlawanan saya akan turut menyanyikan lagu Negaraku. Saya juga amat menghormati Malaysia kerana di sinilah tempat saya mencari rezeki. Jadi, saya perlulah menghormati keadaan.”-Jelas Saddil

Bekas pemain Bhayangkara FC ini juga menegaskan, setiap pemain yang datang untuk bermain harus menunjukkan rasa hormat dengan negara dan juga penduduk tempat mereka bermain. Ini juga sekaligus dapat membangkitkan semangat untuk memberikan yang terbaik setiap kali beraksi di atas padang.

Advertisements

“Menyanyikan lagu Negaraku itu sama sahaja seperti menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia. Tetap bersemangat.”

Ketika disoal mengenai kemungkinan untuk dinaturalisasikan oleh Malaysia, beliau segera menafikan perkara tersebut.

“Tidak ada keinginan dalam diri saya untuk bertukar kewarganegaraan.”

Advertisements

“Saya rasa kenyataan itu hanyalah sekadar gurauan. Indonesia tetap di hati saya tetapi sifat menghormati (kepada Malaysia) itu perlu.”

Kini, Saddil sedang menikmati prestasi terbaiknya di bawah kendalian jurulatih senegaranya iaitu Kurniawan Dwi Yulianto apabila berjaya menjaringkan 3 gol dan juga mencatat 3 bantuan gol.

Prestasi cemerlang beliau terus ditagih untuk memantapkan persembahan pasukan pada saingan Liga Super musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram