Sadio Mane Terima Anugerah Socrates
Dunia
EFE
Advertisements

Bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane menjadi penerima pertama Anugerah Socrates hari ini. Anugerah ini diberi pada malam anugerah Ballon d’Or anjuran France Football yang diadakan di Theatre du Chatelet, Paris.

Anugerah Socrates merupakan kategori khas yang diwujudkan oleh majalah France Football sebagai mengiktiraf inisiatif sosial yang digerakkan oleh pemain bola sepak.

Ia dinamakan bersempena nama legenda bola sepak Brazil, Socrates. Ia disebabkan oleh kempen demokrasi beliau di kelabnya, Corinthians sebagai cara menentang kempen junta tentera Brazil sekitar tahun 80-an.

Advertisements

Mane yang kini beraksi bersama Bayern Munich sememangnya dikenali kerana usaha kebajikan sosial di negara kelahirannya, Senegal.

Beliau bukan saja membantu pembinaan hospital awam, stesen minyak dan pejabat pos di kampung halamannya, Bambali. Malah, Mane juga turut membiayai sekolah-sekolah di situ termasuk memberi pakaian sukan percuma kepada golongan muda.

Selepas menerima Anugerah Socrates, Mane berkata, “Saya amat gembira menjadi tetamu malam ini. Kadang-kadang saya sedikit segan tapi saya gembira melakukan apa terdaya untuk membantu orang-orang saya agar keadaan mereka menjadi lebih baik.”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram