Safawi Rasid Tidak Berdepan Masalah Di Thailand
Dunia
Ratchaburi FC
Advertisements

Pemain sayap negara, Safawi Rasid dilihat tidak berdepan masalah menyesuaikan diri dengan kelab barunya, Ratchaburi FC. Ini disebabkan Liga Thailand dilihat tidak jauh beza dengan saingan Liga Malaysia.

Walaupun diturunkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Khon Kaen United beberapa hari lepas, kemampuan Safawi menggempur pertahanan lawan membuktikan dia bersedia diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Segalanya berjalan lancar dengan barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan juga banyak membantu sebaik tiba di Thailand.

Advertisements

“Agak sedih apabila gol yang dijaringkan pada perlawanan menentang Khon Kaen United tidak dikira kerana sistem video bantuan pengadil (VAR).

“Namun, itu juga menjadi peniup semangat untuk beraksi lebih baik pada perlawanan akan datang seterusnya berjaya mencetak nama sebagai penjaring gol untuk pasukan,” katanya bila dihubungi Arena Metro.

Safawi hampir menjaringkan gol pertamanya semasa menentang Khon Kaen tetapi ia dibatalkan VAR selepas bekas pemain Portimonense itu berada pada kedudukan ofsaid.

Advertisements

Dipinjam selama semusim ke Ratchaburi oleh JDT, dia berharap dapat mempamerkan prestasi mantap bersama pasukan itu. Selain Safawi, Moussa Sidibe turut dipinjamkan JDT ke kelab Liga Thailand itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram