Safee Sali Kecewa Dengan Skuad B-23 Harimau Malaya
Dunia
MakanBola
Bernama
Advertisements

Pemain terbaik dalam sejarah Piala AFF Suzuki, Safee Sali meluahkan kekecewaan terhadap skuad kebangsaan B-23 susulan diaibkan sekali lagi oleh pasukan Laos setelah tewas 0-2 di Stadium Morodoc Techo, Kemboja.

Mengulas lanjut, bekas penggempur kebanggsaan itu menganggap kekalahan ini adalah kekalahan yang memalukan baginya kerana masing-masing mengharapkan sinar kemenangan buat skuad negara.

Advertisements

Safee turut mengakui bahawa pasukan Laos telah menunjukkan corak permainan yang cemerlang di bahagian serangan ketika perlawanan.

“Satu perasaan kecewa, geram dan tidak boleh dikata melihat keputusan yang memalukan bagi saya kalah dengan Laos 2-0,”

Advertisements

“Kita mengharapkan keajaiban dan kebangkitan tapi kita dikejutkan dengan permainan di bahagian serangan yang sangat berjaya dilakukan oleh Laos, jadi saya rasa perkara ini banyak yang perlu dijawab sekaligus mengundang tomahan daripada pihak-pihak luar.”

Dalam pada itu, beliau menegaskan perkara tersebut perlu diselesaikan untuk mendapatkan kembali momentum yang sebenar.

Advertisements

“Saya rasa kalau keserasian itu adalah alasan semata-mata, kalau kita nak lihat pasukan Laos pun mereka mengalami Covid-19 sama macam kita, tetapi macam mana mereka bermain dengan baik satu pasukan, kenapa kita tidak boleh?,” katanya kepada Astro Arena.

Malaysia menamatkan saingan di tangga ke-2 kumpulan B dibelakang Laos yang menjadi wakil kumpulan B selepas Myanmar dan Indonesia menarik diri saat akhir disebabkan oleh jangkitan Covid-19.

Advertisements

News Comments Account